1. Puasa enam hari dalam bulan Syawal
Keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“Barang siapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat)
enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun.”
(H.R. Muslim)
Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan
dimulai pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak
berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa
lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal.
2. Puasa hari ‘Arafah (9 Zulhijjah)
Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji, sebagaimana
dijelaskan hadith dari Abi Qatadah r.a. ujarnya, Rasullullah s.a.w.
telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari ‘Arafah, sabda beliau
SAW: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun
kemudiannya.” (H.R. Muslim dan al-Turmuzi)
Meneruskan hadith dari Abi Qatadah r.a. bahwa Rasullullah s.a.w.
bersabda: “Puasa pada hari ‘Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang
lalu dan tahun yang akan datang.” (H.R. Muslim)
3. Puasa pada bulan Muharram
Dari Abi Hurairah r.a., telah bersabda Rasullullah s.a.w.:
“Seafdal-afdal puasa setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah
yaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal sholat setelah sholat fardhu
adalah sholat malam.” (H.R. Muslim)
4. Puasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram)
Dari Abi Qatadah r.a. bahwasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya
mengenai puasa hari ‘Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda
Baginda s.a.w.: “Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (H.R.
Muslim)
5. Puasa hari Tasu’a (Tanggal 9 Muharram)
Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya,
Baginda s.a.w. pernah bersabda: “Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun
depan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram,.” (H.R. Muslim & Ahmad)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Berpuasalah pada hari ‘Asyura (10
Muharram) dan janganlah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh karena itu
berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya.” (H.R. Imam Ahmad)
6. Puasa bulan Sya’aban
Dari Usamah bin Zaid r.a., aku berkata: “Wahai Rasullullah, tidak saya
lihat tuan berpuasa satu bulan pada bulan-bulan (dalam setahun selain
Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya’aban.” Sabda Rasullullah
s.a.w.: “Bulan ini (yakni bulan Sya’aban) ialah bulan yang manusia lalai
padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya’aban)
adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku
suka amalanku diangkat dan aku berpuasa.” (H.R An-Nasai)
Ummu Salamah r.a. berkata: “Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w.
berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya’aban dan
Ramadhan.” (H.R al-Turmuzi)
7. Puasa pada hari Senin dan Kamis
Dari Abi Hurairah r.a. dari Rasullullah s.a.w.: “Diperlihatkan (kehadrat
Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Senin dan Kamis, saya suka
ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa.” (H.R
al-Turmuzi)
Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah
ditanyakan kepada Rasullullah s.a.w. tentang puasa pada hari Senin, maka
Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya: Itulah hari yang padanya aku
dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran
diturunkan kepadaku.” (Subul al-Salam)
8. Puasa tiga hari pada setiap bulan Hijriah
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda
Rasullullah s.a.w. bersabda: “Puasa tiga hari pada setiap bulan,
Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa.”
Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat
Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14
dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu
Mas’ud, Abu Zar, al-Syafi’i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.
Sementara al-Nakha’i berpendapat, puasa tiga hari pada akhir bulan.
9. Sehari Puasa Sehari Tidak Puasa
Hadith dari Abdullah bin ‘Amru ibnu al-’As r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: “Telah sampai berita kepadaku bahwa anda
berpuasa pada waktu siang dan berjaga (karena beribadah) waktu malam.
Jangan buat demikian karena untuk jasadmu atas dirimu ada bagiannya,
untuk matamu atas dirimu ada bagiannya dan untuk isterimu ada bagiannya.
Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan
demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun.” Aku berkata: ” Wahai
Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda
Baginda Rasullullah s.a.w. “Maka berpuasalah seperti puasa Nabi Daud
a.s. iaitu berpuasa sehari dan berbuka sehari.” (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Abdullah bin ‘Amru ibnu al’As, telah bersabda Rasullullah sa.w.:
“Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan
solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda
tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur
seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari.” (HR
Bukhari dan Muslim)





0 komentar:
Posting Komentar